6 PANTANG LARANG BAGI MAHATHIR
Anak-anak sekelian
Pesanan Ibu kali ini, adalah untuk sama-sama anak-anak semua memahami pantang larang yang dihadapi Mahathir, lantaran penyakit yang diciptanya sendiri. Alhamdullilah Ibu sihat, tiada perlu berpantang sepertinya. Jelas semakin sempit kebebasan dunia Mahathir, tak ubah selaku anjing yang tersepit. Dunianya semakin kecil tertumpu kepada cuma beberapa pilihan sahaja akibat angkara nyanyoknya sendiri. Ibu dengar hinggakan beliau tidak lagi berani muncul di jalan-jalan raya untuk bertemu dengan rakyat sendiri! Syabas! Malaysia boleh, tapi Mahathir tidak boleh!
Bagi Mahathir, ada 6 pantang besar baginya sekarang untuk menghabiskan sisa umurnya sebagai PM, yang menunjukkan betapa telah kecil jadinya dunia seorang yang bergelar perdana menteri! Pantang larang ini khusus untuk Mahathir sahaja, namun Ibu berpesan pada semua anak-anak supaya berhati-hati kerana menurut pandangan Ibu:
MAHATHIR AKAN MENGGUNAKAN SEGALA KEUPAYAANNYA DI DUNIA INI, MELALUI SALURAN-SALURAN YANG "DIPINJAMKAN" OLEH RAKYAT KEPADANYA KETIKA INI, DAN MELALUI APA SAJA CARA SAMADA BERSIH ATAU KOTOR, ASALKAN DIFIKIRKAN BERKESAN UNTUK TIDAK MEMBENARKAN 6 PERKARA PANTANG INI DARI BERLAKU TERHADAP DIRINYA.
Perkara 1 : Adalah pantang bagi Mahathir jika sdr Anwar menang dalam mahkamah.
Ibu teringat kata Mahathir sendiri pada wartawan satu ketika yang lalu, " Saya pasti beliau (sdr Anwar) akan didapati bersalah./ I am sure he will be found guilty". Padahal ketika itu sdr Anwar masih dalam tahanan ISA dan belum pun dibacakan pertuduhan terhadapnya kerana pihak polis masih belum bersedia. Namun itu tidak menghalang Mahathir untuk mendahului mahkamah lalu menjatuhkan keputusan/verdict terhadap musuhnya itu.
Begitu juga dalam masa 10 hari selepas sdr Anwar ditangkap, Mahathir tanpa segan silu telah memperkenalkan kepada masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa ini, beberapa ungkapan jijik dan kotor yang tidak lansung boleh diulang di hadapan kaum keluarga seperti "liwat/sodomy", "zina/fornication", "masturbate", "zakar/penis", "dubur/ anus" dsb. Ibu sendiri beristighfar bila terdengar ungkapan-ungkapan ini datang dari seorang perdana menteri! (Maaf Ibu terpaksa menuliskan semula ungkapan-ungkapan kotor
yand diilhamkan oleh PM kita ini, hanya untuk menunjukkan betapa jijiknya beliau). Tidak hairanlah betapa polis-polis SB/ FRU yang bertindak ganas sejak kebelakangan ini juga terikut-ikut mempunyai lidah celupar yang serupa! Keterlanjuran Mahathir ini membuatkan beliau TIDAK BOLEH membenarkan sdr Anwar menang di dalam mahkamah kerana perkataan-perkataan jijiknya itu akan memakan dirinya. Bak kata orang lama, terlajak kata tidak boleh diundurkan....
Ibu bersimpati kepada Wan Azizah dan anak-anaknya, kerana Ibu sudah 100% tahu keputusan mahkamah nanti....
Termasuk dalam beberapa rancangan Mahathir untuk memastikan perkara 1 ini:
Perkara 2 : Adalah pantang bagi Mahathir untuk membenarkan dirinya diganti
Inilah jiwa seorang diktator. Semua orang bawahan/suruhannya diperintah secara menanamkan perasaan takut di dalam diri mereka. Barang siapa yang dianggap cuba menjatuhkannya akan dihancurkan hingga lumat. Mahathir dengan tidak sengaja telah terbuat pengakuan bahawa punca sdr Anwar dijatuhkan adalah kerana "dia (Anwar) sedang berusaha untuk menjatuhkan saya/ he was planning to topple me".Dunia telah
terlalu banyak melihat diktator-diktator dan perangai mereka semuanya adalah serupa.
Beza seorang diktator dengan seorang pemimpin adalah seorang diktator tidak akan melepaskan kedudukannya dengan aman. Bahkan Mahathir tahu yang satu jalan tinggal baginya adalah untuk mati sewaktu masih berkuasa. Itu bukan kemahuan Mahathir, itu keterpaksaan beliau! Setelah bergelumang dengan kekejaman terhadap musuh-musuhnya, perasugut terhadap ahli-ahli kabinetnya sendiri, pengkhianatan terhadap rakyat, Mahathir tidak boleh mempercayai sesiapa pun. Bahkan menteri-menteri kakaktua/ parrot yang hanya terangguk-angguk nya itu pun tidak berjaya menempah keyakinan Mahathir untuk terpilih menjadi timbalannya. Amatlah malang bagi kakaktua-kakaktua tersebut. Amatlah sedih bagi Malaysia mempunyai seorang diktator.
Ibu yakin sebenarnya Mahathir tidak berbohong sewaktu beliau menyatakan bahawa beliau sememangnya mahukan Anwar menjadi penggantinya satu ketika dahulu. Beliau tahu kekuatan sdr Anwar untuk membantunya menangkis serangan musuh-musuh tradesinya yang lain. Beliau malah memang ingin mengundur diri dan memberi laluan kepada sdr Anwar di dalam suasana Malaysia harmonis. Tetapi Allah maha kuasa. Kemelut ekonomi dahsyat yang melanda ASIA timur rupanya memaksa terbukanya
semua pekung di dada Mahathir, dan membuakkan buih diktatornya semula. Memang ditakdirkan Mahathir tidak akan terundur secara terhormat tetapi akan satu hari tumbang sebagai diktator kejam. Mengapa? Sebenarnya Allah sahaja yang Maha Tahu, tetapi Ibu serta kita semua dapat mengagak bahawa Mahathir terlalu banyak berdosa dan menzalimi rakyat sejak tahun 80an. Janji Al Quran bahawa orang yang kejam
sebegitu akan ditimpa azab di DUNIA dan di akhirat. Beliau tidak akan terlepas begitu saja walaupun di dunia ini selepas tindakan gilanya terhadap mangsa Memali.
Mahathir tidak mempunyai seorang pun yang boleh dipercayai lagi. Tidak hairan beliau tidak memilih untuk menamakan timbalannya, meskipun penamaan seorang timbalan PM itu sebenarnya bukanlah keperluan UMNO, tapi keperluan negara! Apa akan jadi jika PM tiba-tiba mati ("Saya mungkin mati bila-bila masa/ I might drop dead anytime" kata beliau) ? Itu tidak jadi lagi menjadi peduli buat Mahathir. Di sini tampak pengkhianatan beliau terhadap negara lagi hanya kerana kemusnahan akibat tangannya sendiri.
Perkara 3 : Adalah pantang Mahathir membenarkan korporat-korporat belaannya lingkup.
Ibu lihat kuasa Mahathir tinggal pada kedudukannya dan wang. Tanpa wang, kedudukannya layu, kerana orang-orang suruhannya tidak boleh "dibeli". Tanpa orang-orang suruhannya, Mahathir akan tumbang.
Ramai juga Ibu lihat yang terpedaya dengan tindak tanduk Mahathir yang tampak bagaikan ingin membela ekonomi negara secara bersungguh-sungguh. Apakah tidak terlihat oleh semua bahawa sebab utama di sebalik kesungguhan Mahathir adalah untuk menyelamatkan korporat-korporat belaannya, kerana di situlah punca wang politiknya yang menjamin kedudukannya. Sungguh pandai Mahathir berkata-kata bahawa untuk menyelamatkan ekonomi negara ialah dengan cara "merancakkan perniagaan dalam negara semula" dan ini "akan juga menambahkan peluang pekerjaan". Atas alasan ini maka beliau pun merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan menyelamatkan korporat-korporat gergasi yang tenat. Dari awal sehingga kini, itu saja taktiknya. Apakah tidak ada cara-cara lain? Siapa yang menjadi penasihat Mahathir? Daim
Zainuddin, seorang menteri yang sendirinya berat sebelah kerana kepentingannya terlalu banyak di dalam korporat-korporat tersebut.
Bagaimana menyelematkan korporat-korporat gergasi ini? Wang. Dari mana wang perlu didapatkan? Dari institusi-institusi kewangan seperti Bank Negara dan bank-bank komersil, samada dengan rela atau dengan paksa. Puas sehingga ke saat akhirnya sdr Anwar cuba mengekang dari wang-wang bank dibaham secara rakus. Tak cukup dari itu, wang rakyat perlu dikorbankan juga dari Tabung Haji, Amanah Pencen, KWSP dan Socso. Masih tak cukup. Negara akan perlu berhutang dengan luar negara. Belanjawan 1999 yang baru dibacakan menunjukkan penambahan beban hutang luar negara angkara rancangan Mahathir. Berapa generasi rakyat diperlukan untuk membayar balik hutang luar negara tersebut? Itu tidak penting bagi Mahathir.
Tidak dinafikan rancangan Mahathir di atas adalah salah satu jalan peransang ekonomi. Tetapi ianya dengan secara sempit membahayakan kedudukan negara. Ia satu percubaan, dan adat percubaan tiada siapa yang boleh pastikan kejayaannya. Apa akan jadi jika korporat-korporat itu masih terus tenat setelah wang bank/rakyat dihabiskan? Apakah tidak tindakan itu menakutkan pelaburan asing? Apakah tidak penggunaan wang bank-bank komersil secara melulu boleh menjatuhkan prestasi bank-bank tersebut. Apabila Standard & Poors merendahkan kredibiliti bank-bank tempatan kita, Mahathir cuma menunding jari dan menyalahkan pihak luar. Bahkan semua dunia luar salah belaka. Hanya Mahathir saja yang betul.
Mahathir kini sudah mendapat tempat istimewa selaku Menteri Kewangan penuh. Selaku juga Perdana Menteri, kuasa penuh memerintah dan kuasa penuh kewangan di tangannya adalah bagai peti emas/pot of gold. Dia bebas melakukan apa saja dengan perbendaharaan kerajaan tanpa ada lagi pemeriksaan timbal balas/ check and balance.
Bagi Ibu, sebenarnya Mahathir sedang membawa Malaysia meniti merejah kemelut ekonomi secara satu perjudian/gamble. Yang jelasnya bagi diktator ini, apa cara sekali pun dan siapa yang akan menanggung kesusahan kemudian tidak penting. Yang penting, Mahathir tidak boleh membenarkan korporat punca kewangannya lingkup sewaktu dia berkuasa.
Perkara 4 : Mahathir tidak akan membenarkan BN tewas dalam pilihanraya nanti.
Mahathir bukan hanya menghancurkan UMNO, tetapi juga masa depan parti komponen BN yang lain. Ibu kasihan melihat Ling Liong Sik dan Samy Vellu. Terkedu-kedu mata keduanya melihat lakonan Mahathir. Apa agaknya salah mereka, terfikir pemimpin MCA dan MIC ini.
Mahathir sudah tidak dapat menyangkal bahawa BN tidak akan lagi mendapat mandat rakyat secara majoriti dalam pilihanraya depan. Bahkan beliau sudah memberi gambaran kepada parti beliau supaya bersedia untuk "memerintah dengan kuasa majoriti yang berkurangan/ reduced majority".
Tetapi majoriti berkurangan yang bagaimana? Mungkinkah Mahathir akan benarkan BN tewas lalu dia tidak lagi menjadi PM?
Selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri, Mahathir tidak akan mengizinkan BN tewas. Bagaimana cara beliau untuk mempastikannya? Jawabnya: DENGAN APA CARA SEKALI PUN/ WITH WHATEVER IT TAKES. Bagi Mahathir, matlamat menghalalkan tatacara/the end justifies the means.
Sama seperti kes sdr Anwar, Mahathir akan meliwat keseluruhan rakyat sekali pun jika itulah caranya untuk BN menang! (Maafkan bahasa Ibu, terpinjam dari istilah-istilah PM). Penipuan, pengkhianatan, perasugut, penghasutan, penzaliman, pencabulan media, pemaksaan terhadap kakitangan kerajaan, penutupan kepada pemerhati dari luar negara dan semua yang keji dan hina.
Semua perancangan keji dan hina ini memerlukan masa. Tidak hairan mengapa Mahathir berkata dia tidak mahu tergesa-gesa untuk mempercepatkan tarikh pilihanraya. Bahkan di saat ini lagi Mahathir sudah mula mengatur rancangan penipuannya secara besar-besaran untuk "menang" dalam pilihanraya, biarpun menang secara majoriti berkurangan.
Banyak taktik kotor untuk Mahathir bermain. Di antaranya yang perlu kita ketahui :
Perkara 5 : Adalah pantang bagi Mahathir rakyat Malaysia menjadi pandai/berilmu
Tidak ada yang lebih ditakuti oleh Mahathir selain dari kebangkitan rakyat melalui kesedaran dan ilmu terhadap perkara benar yang berlaku.
Itu sebabnya Mahathir bertungkus lumus "menutupi" semua jalan hebahan cerita kepada rakyat sambil menyediakan propagandanya sendiri melalui saluran TV, radio dan suratkhabar. Ini dinamakan membodohkan rakyat. Ibu lihat Mahathir terlalu takut rakyat menjadi pandai.
Kalau benar Anwar bersalah seperti yang dilaungkan Mahathir, rakyat samada pandai atau bodoh akan dapat menerima keputusan mahkamahnya nanti. Tidak perlu pada pengawalan media. Tetapi rakyat yang pandai sekarang ini pantang sekali jika cuba diperbodohkan oleh media. Ini kesilapan jangkaan Mahathir. Peredaran zaman telah merubah keadaan. Ini era informasi. Majoriti rakyat mampu berfikir sendiri.
Kebangkitan REFORMASI rakyat menentang Mahathir sungguh memeranjatkan Mahathir.
Namun ini tidak akan menghalang Mahathir dari terus cuba memperbodohkan rakyat melalui TV, radio dan suratkhabarnya. Media yang menentangnya akan dibenteras menggunakan salah kuasanya sebagai menteri KDN. Tidak dinafikan akan terus terdapat segelintir orang-orang yang berjaya diperbodohkan. Rakyat seperti itulah yang menjadi rakyat contoh bagi Mahathir!
Perkara 6 : Adalah pantang bagi Mahathir membenarkan semangat Islam untuk bangkit.
Terlalu amat ditakuti oleh Mahathir akan pengaruh kebangkitan Islam.
Kekuatan jihad Islam tidak mengenal peluru. Kematian adalah kemenangan bagi orang-orang mukmin! Islam boleh menyatukan umat mengatasi semangat kebangsaan atau kewarganegaraan yang lain.
Apabila amarah Islam bangkit, tiada bala tentera yang boleh menghalang. Mengapa? Kerana semangat Islam lansung tidak berdasarkan material ataupun keduniaan. Ia berdasarkan iman setiap individu yang meresap jauh ke dalam jiwa, yang berharapkan hanya pada balasan yang Maha Esa. Ia tidak boleh dihilangkan dengan tekanan fisikal atau pujukan dunia.
Islam juga menjelaskan sempadan yang haq dengan yang batil. Tidak ada kesamaran. Yang haq tetap haq. Yang batil tetap batil. Tanpa kompromi.
Beberapa cara untuk Mahathir menghalang termasuk:
i) Menggunakan taktik orientalis iaitu mengenengahkan "ustaz-ustaz" kerajaan yang akan digunakan untuk mempengaruhi minda masyarakat muslim supaya tidak bangkit berjihad.
ii) Menggunakan "ijtihad" palsu yang menolak persamaan antara jihad dengan penentangan terhadap pemimpin yang zalim.
iii) Menambahkan kelekaan umat Melayu Islam dengan buaian hiburan.
iv) Menambahkan kesibukan umat Melayu Islam dengan kebudayaan dan sukan.
v) Melenyapkan pengaruh para ulama dengan menekan mereka dari bersuara serta mempersendakan peranan mereka.
vi) Menggunakan ISA untuk menangkap pemimpin-pemimpin Islam.
Demikianlah pesanan Ibu berkenaan pantang larang Mahathir ketika ini. Tujuannya tidak lain untuk kita memahami "kegawatan/kelemahan" Mahathir agar kita dapat berhati-hati pada setiap perancangan seterusnya.