MOTIF KONSPIRASI POLITIK
Adakah wujud konspirasi yang didalangi Mahathir dan Daim? Betulkah mereka berdua telah bersekongkol bersama Ketua Pendakwaraya, KPN,hakim-hakim tertentu, ketua-ketua media tempatan, pelacur-pelacur dan kuncu-kuncu UMNO untuk menyingkir Anwar?
Jawapannya
YASebelum ini saya telah membuktikan bahawa terdapat bukti-bukti wujudnya satu konspirasi politik apabila Mahathir menyingkir Tun Salleh Abas agar beliau terus memegang tampuk UMNO dan Kerajaan. Maka ini jelas menunjuk bahawa Mahathir memang berkebolehan mengatur satu pakatan sedemikian rupa. Setelah membuktikan bahawa Mahathir memang berupaya mangatur konspirasi itu (sebab beliau pernah melakukannya dahulu) timbul soalan mengapakah dia berbuat demikian?
Jawapannya mudah iaitu Anwar Ibrahim tidak lagi boleh dipercayai oleh Mahathir dan Daim untuk menyimpan rahsia mereka dan Anwar dijangka akan mendedahkannya jika beliau menang kerusi presiden 1999. Mahathir dan UMNO mempunyai banyak pekong di dada dan pekongnya yang terbesar adalah Renong .Dan Anwar nampak gayanya sudah tidak sanggup bersekongkol dan membiar dua orang Kedah ini mencuri kekayaan rakyat!
Sebelum saya berhujjah dengan lebih dalam, eloklah saya jelaskan bahawa tujuan Anwar di dalam UMNO memang lah murni. Beliau cuba membawa perubahan yang baik. Tetapi sesiapa yang masak dengan mekanisma UMNO tahu bahawa UMNO berjalan di atas sistem feudalistik dimana ketua tidak boleh ditentang langsung dan sebarang pendapat yang berbeda tidak diterima. Maka Anwar terpaksalah mengikut 'rentak' UMNO dan membawa perubahan secara kecil-kecilan: perumahan kos murah, kebajikan penduduk luar-bandar, dan cuba mengetatkan sedikit kawalan Anti-Rasuah semasa beliau bertindak sebagai pemangku PM . Itupun beliau telah menyebabkan beberapa orang 'kenamaan' yang berkepentingan menjadi gusar dan mula melenting. Cuba bayangkan apa akan terjadi jika beliau bertindak lebih berani dan lebih 'vokal'? Setentunya beliau akan dipecat dengan lebih cepat! Dan sekarang kita telah kehilangan seorang tokoh yang telah mencuba membersihkan UMNO. Beliau telah mengatur langkah yang bijak semasa di dalam UMNO, bekerja dari dalam: secara Evolusi dan bukan Revolusi.
Malangnya , apabila krisis ekonomi melanda, Mahathir mengambil keputusan drastik lagi tamak bagi mengekalkan kuasa beliau dan ini tidak dapat diterima Anwar lagi. Mahathir sudah melampau dan anak-didiknya mesti dikorbankan;
Menjelang perhimpunan agong UMNO 1997, terdapat ramai veteran UMNO yang iri-hati keatas kedudukan Anwar. Mereka merasakan mereka lah yang lebih layak menjadi PM .Lagipun, mereka lebih lama di dalam UMNO dan kononnya lebih 'layak' (mereka memandang rendah terhadap Anwar kerana beliau hanya berkelulusan dalam bidang pengajian melayu) dan mereka sememangnya irihati terhadap popularitinya, karismanya dan ketampanannya (mereka terpaksa mengakui hakikatnya bahawa ketampanan Anwar jauh teserlah sekalipun digabungkan ketampanan mereka bersama) dan untuk menutup segala kekurangan mereka itu terpaksalah mereka menggunakan wang dan kuasa untuk mendapatkan gadis-gadis agar memuaskan ego masing-masing (Daim, Sabaruddin Chik, Mohamad Rahmat, Megat Junid, dan Najib termasuklah di dalam senarai mereka yang bersekongkol). Mereka ini dengan rela hati menjuarai skema Mahathir.
Kembali kepada tajuk asal. Untuk memahami kenapa Anwar disingkir, kita mesti menyelami asas kuasa Mahathir. Seperti pemerintah-pemerintah lain yang gila kuasa, ianya adalah :WANG. Mahathir telah membentuk UMNO menjadi sebuah syarikat multi-billion supaya dapat menampung segala kempen politiknya dan menggunanya untuk memerangkap sesiapa jua yang beliau fikir perlu seperti para hakim, polis, atau ketua Unit Perancang Ekonomi. Ingat: pertembungan pendapat tidak dibenarkan. Mahathir merasakan beliau tidak pernah menyalah gunakan wang rakyat kerana beliau menggunanya untuk mengekalkan kedudukan beliau dan olehkerana beliau rasa ianya adalah baik bagi rakyat maka penggunaan wang tersebut adalah adil.
Terdapat beberapa contoh di mana Mahathir rasa yang beliau telah menggunakan kuasa yang ada secara 'adil'. Contoh jelas : beliau telah mengarahkan Perwaja dalam tahun 1991/92 untuk membina kilang cawangan di Gurun , Kedah, negeri asal beliau. Pada pandangan Mahathir, beliau telah mendatangkan pekerjaan kepada penduduk di situ. Maka bagus untuk penyokongnya. Tetapi;.dengan membina cawangan Perwaja jauh dari kilang 'ibu'nya iaitu Kemaman, ianya bermakna mereka terpaksa mengangkut bertan-tan bahan besi dari Kemaman ke KL dan naik ke Kedah melalui lebuhraya. Pangangkutan sia-sia ini (lebihkurang RM 100 satu tan) akhirnya menyebabkan kerugian bagi Perwaja. Pada keseluruhannya rakyat menanggung beban kerana 'pelaburan' mereka (melalui Kementerian Kewangan dan kemudian Khazanah Nasional) tidak mendatangkan keuntungan. Alangkah baiknya jika Mahathir mengarahkan sahaja supaya sebahagian dari keuntungan Perwaja Kemaman diberi terus kepada penduduk Gurun. Sekurang-kurangnya tidaklah rakyat kerugian langsung.
Perkara yang sama berlaku pada kilang Baja Kimia di Kedah (sekali lagi!). Plan pemprosesan gas asli terletak di Terengganu (Petronas), tetapi gas itu terpaksa di salurkan ke Johor dan kemudian naik semula ke Kedah- menyebabkan pembaziran didalam harga pengangkutan gas yang sepatutnya tidak perlu.
Sekarang, jentera utama untuk aset UMNO bagi menggerakkan rancangan Mahathir adalah Renong Berhad. Sedikit latar belakang Renong: Pada tahun 1987, Renong dipunyai 2 keluarga cina. Harganya pada masa itu adalah RM 7 million dan ketika itu ianya beroperasi dalam keadaan kerugian sebanyak RM 4 million.
Kemudian pada tahun 1989, selepas episod Team A/Team B/UMNO 11/Salleh Abas, Renong telah bertukar tangan kepada Dr Chan Chin Cheung, seorang ahli perniagaan yang mempunyai pertalian rapat dengan Mahathir. Hakim Harun Hashim telah mengumumkan bahawa UMNO tidak sah pada Febuari 1988. Ini adalah kerana Mahathir telah menggunakan 30 cawangan tidak berdaftar untuk memastikan kekalahan bagi pihak Tg Razaleigh pada tahun 1987.dan ini telah menjadikan UMNO satu pertubuhan haram.
Kesemua aset UMNO terpaksa disalurkan ke dalam kerajaan. Syarikat asal UMNO, Fleet Group merupakan sebahagian besar dari aset itu.
Dalam masa Mahathir sibuk membentuk UMNO BARU, beliau telah mengarahkan supaya memperkuatkan aset UMNO untuk menentang Tg Razaleigh dalam pilihanraya 1991.
Daim telah berjaya mengatur satu tindakan tipu-daya sehingga part pembangkang gagal membuktikan bahawa terdapat penyelewengan dalam pemilikan semula aset UMNO melalui Renong.(memanglah sukar kerana mahkamah dihakimi oleh orang-orang Mahathir)
"Cara UMNO menukar struktur asetnya dari Fleet Group kepada Renong memang ajaib. Dengan berbagai penama yang memegang perniagaan UMNO, memang susah untuk kita dedahkan di mana mula dan akhirnya perlibatan UMNO sendiri" kata seorang pakar analisa (2 May, 1990-Reuters)
Dalam sekelip mata , Renong telah menjadi satu syarikat pelaburan untuk sebuah bank utama, tiga firma kejuruteraan dan pembinaan, syarikat pengeluar simen yang terbesar, sebuah stesen TV nasional dan syarikat akhbar paling besar. Daim pada masa itu merupakan Menteri Kewangan yang berkuasa dan setiausaha kewangan UMNO, sekarang penasihat karib Mahathir, telah menjalankan segala urusan perniagaan dan meletakkan anak-didik dan kawan perniagaan beliau, Halim Saad sebagai pengerusi eksekutif. Bersama isterinya ,sebagai pengarah Renong, Halim pada mulanya memegang 17 % ekuiti dalam syarikat gergasi ini.
Pembangunan prasarana yang diperlukan untuk mencapai wawasan 2020 dan perhubungan rapat Renong dengan UMNO membenarkan semua anak syarikatnya memperolehi berbagai kontrak bernilai billion ringgit terutama sekali dalam kejuruteraan dan pembinaan dan juga sektor Pembangunan hartanah.
Dilantik kerajaan untuk mengetuai projek bersama sebuah firma Indonesia.
Kemudahan mendapat modal besar membenarkan Renong untuk menanggung bebanan projek dan bebanan hutang yang besar yang mustahil ditanggung jika tiada kemudahan tersebut. Olehkerana Renong tiada masalah memperolehi projek-projek besar nasional dan kemudahan mendapat modal pembiayaannya , ini telah menyebabkan ia menjadi 'highly-leveraged' (iaini membuat pinjaman yang besar dengan membuat spekulasi keuntungan berlipat-ganda) sehingga berhutang sehingga ekuiti bernilai 123%. Ianya juga membuat pelaburan signifikan di dalam projek-projek pembangunan yang besar. Ini telah menyebabkan perbedaan jurang yang luas di antara permohonan dana dan pengaliran wang semasa. Pada tahun 1996, jurang ini di anggar sebanyak RM 4.2 billion! Olehkerana jangkamasa pembayaran hutang untuk projek-projek bermodal tinggi nya panjang, jurang ini dijangka berterusan sehingga 1999 dan seterusnya.
Keadaan ketidakstabilan matawang Asia Tenggara baru-baru ini, telah menyebabkan RM dan KLSE kerugian 25% dan 40% (dari nilai masing-masiing) dalam masa kurang dari 8 minggu. Untuk mewujudkan modal melalui pasaran ekuiti adalah sukar. Lagipun tabiat Renong yang suka mencagarkan saham -saham anak-syarikatnya untuk mendapat pinjaman untuk projek projek besarnya boleh membawa padah semasa keruduman ekonomi dan sektor pembinaan.
Masuk tahun 1998, hampir kesemua anak-syarikat Renong secara teknikal sudah 'insolvent'(pengaliran wang nya tidak berupaya menampung pembayaran hutang yang menimbun) Hanya PLUS sahaja yang masih berupaya mengaut keuntungan; itupun hanya kerana ia telah dimonopoli dan juga amat bergantung kepada kenaikan kadar toll. Pinjaman Renong daripada BBMB, BOC dan berberapa bank lagi, semuanya merupakan 'non-performing loans' iaitu pinjaman tidak berbayar.
Masalah Renong telah mencapai ke tahap kritikal. Mesin penjana wang UMNO sudah kekeringan dan Mahathir serta Daim sedar yang satu pilihanraya besar terpaksa dilalui (selewat-lewatnya tahun 2000). Dalam kedaan ekonomi yang tenat ini, mereka memerlukan lebih wang dari biasa untuk membeli undi rakyat.
Mahathir menjadi murka apabila Gabenor Bank Negara Ahmad Don dan Menteri kewangan Anwar Ibrahim cuba menaikkan kadar faedah dan juga merubahkan struktur sektor perbankan. Kaedah ini memang boleh menstabilkan Ringgit. Cumanya ianya akan membunuh syarikat yang sudah nazak seperti Renong. Perkara penting yang perlu difaham tentang isu Kadar faedah lawan Pengawalan matawangialah , tidak kira mana satu mekanisme polisi yang dipilih, kejayaan bergantung kepada susunan semula struktur ekonomi itu sendiri. Ini bermakna menyingkirkan semua perniagaan yang nazak , menyusun semula segala 'balance-sheets' dan menggunakan wang negara hanya untuk industri tertentu sahaja. Sebab utama kenapa polisi Bank Negara itu tidak berjaya pada peringkat awal ialah pelabur-pelabur asing tahu bahawa terdapat penyelewengan dalam pengendalian urusan ekonomi negara dan kerajaan Mahathir sebenarnya tidak berminat untuk membaikpulih ekonomi negara tetapi hanya untuk melindungi kepentingan diri sendiri.
Sehingga Julai 1998, dengan kedaan Renong yang hampir pupus, Mahathir terpaksa melakukan satu pembedahan drastik. Beliau terpaksa menyingkir Ahmad Don dan segala polisi beliau terpaksa diketepikan. Beliau memerlukan RM 20 billion untuk menyelamatkan Renong dan Anwar sudah tidak boleh menerimanya lagi. Anwar terpaksa mendedahkan Renong. Mahathir yang sudah terdesak dan teramat memerlukan wang itu untuk selamat (survive) terpaksa 'membunuh ' Anwar.
Semasa rakyat sibuk mempertikai tentang moral Anwar, Mahathir telah berjaya membuat 'bail-out' ketiga dari BBMB tanpa rakyat sedari. Sungguh mencurigakan apabila keputusan kewangan untuk tahun 1998 yang berakhir 31 March tidak diumumkan sehingga September. Ini adalah kerana BBMB sebenarnya sudah 'insolvent' secara teknikal.
BBMB kerugian lebih dari satu billion. Kebanyakan dari pinjaman tidak berbayar adalah kepunyaan Renong. Di samping itu, Khazanah Nasional terpaksa menyuntik lebih dari satu bilion. Danaharta (National Asset Management Co.) diarahkan supaya membayar hutang hutang Renong itu.
Untuk menjayakan pembunuhan karekter Anwar, Mahathir terpaksa menyingkirkan ketua media pro Anwar. Cerita seterusnya umum sudah tahu. Kesimpulannya, jenayah yang Anwar lakukan adalah untuk mendedahkan segala penyelewengan kuasa itu. Dan ini telah membunuh kareer politiknya.
Dalam kita 'asyik' dalam saga 'seks' ini, lebihkurang RM 20-RM 40 billion akan di 'sedut' keluar dari dana rakyat untuk menyelamatkan Renong (yang sebenarnya UMNO) dan untuk memastikan UMNO mempunyai cukup wang untuk pilihanraya yang akan datang!.
Sesungguhnya rakyat Malaysia telah tertipu!