PENDAPAT : PERTUDUHAN RASUAH DIREKA
Kes pendakwaan tuduhan rasuah keatas Anwar sekarang ini adalah teknikal strategi oleh Kroni Mahathir.Kerana kes rasuah yang dikatakan ini adalah berkait dengan pengakuan bersumpah Umi Hafilda dan Azizan. Kes ini lebih mudah di kenakan keatas Anwar kerana ianya dari
segi penyalahgunaan kuasa iaitu atas nama pengaruh dan kedudukan.
Jika pendakwaraya memenangi kes ini maka media dan jentera kerajaan akan mencanangkan bahawa pengakuan Umi dan Azizan adalah benar, tentang kes seterusnya adalah benar belaka walaupun UMI dan AZIZAN tidak dapat kemuka bukti ataupun saksi.
Pertuduhan rasuah ini tidak wujud didalam buku 40 dalil. Pertuduhan ini adalah di reka oleh peguam negara kerana beliau yakin bukti kes liwat adalah longgar dan pengakuan bersumpah Azizan dan Umi adalah tidak kukuh kerana terdapat pencanggahan dengan pengakuan bersumpah yang lain dan tiada bukti sokongan seperti lapuran perubatan, saksi mata dan lain lain.
Jikalau kita mengimbas kembali kes RAHIM TAMBI CIK lapuran polis dan pengakuan HAYATI tidak dapat diterima sebagai bukti kerana dari segi teknikalnya dia didapati seorang gadis yang rosak ahlaknya.Oleh kerana undang undang telah mengatakan jika seorang itu ahlaknya buruk atau ada kes jenayah yang telah beliau lakukan maka pengakuan dan laporanya tidak diterima. Peguam Negara telah memberi nasihat supaya mengupah orang orang yang sanggup mengaku pernah berzina dengan gadis itu tersebut.
Dengan meletakkan berpuloh puloh lelaki yang mengaku maka di buat pertuduhan bahawa gadis ini adalah dari golongan pelacur dan menguggut RAHIM TAMBI CIK.
Sebenarnya gadis ini tidak bersalah, tetapi kerana Mahathir hendak selamatkan RAhim Tambi Cik. Maka perangan ini telah diatur menyebabkan seluruh keluarga gadis yang tidak bersalah ini yang mahukan RAHIM TAMBI CIK bertanggung jawab telah diaibkan sehina hinanya.
Oleh kerana undang undang sivil boleh menerima bukti bukti dalam bentuk teknikal bukan saksi mata. Maka bukti bukti boleh diadakan secara paksa ataupun di bayar.Contoh contoh bukti teknikal ialah
1)Polis menambah peluru lama bagi kes Dato' Nala.
2)Dokumen dokumen dan barang barang tertuduh yang diletakan ditempat kejadian.
3)Pengakuan bersumpah.
4)Lapuran perubatan.
Didalam Islam perkara perkara ini tidak boleh menjadi bukti. Islam lebih rela orang bersalah terlepas kerana ia mungkin bertaubat tetapi tidak rela menghukum orang tidak bersalah kerana ia adalah zalim dan mengundang azab Allah.