7 November 1998
Yang Amat Berhormat Dr. Mahathir,
Saya sedih kerana saudara salah faham tujuan saya membuat kenyataan-kenyataan akhbar dari rantau orang. Sesungguhnya, tujuan saudara dan tujuan saya adalah serupa sahaja iaitu hendak menyelamatkan negara kita daripada bahaya yang mengancam.
Pandangan saudara terhadap saya adalah berdasarkan cerita-cerita yang saudara dengar dari orang-orang yang mengelilingi saudara seperti Daim Zainuddin, Megat Joned, Aziz Shamsuddin, Rahim Tamby Chik, Ghaffar Baba, Ting Phek Kiing, Francis Yeoh, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, Kenneth Eswaran, Vincent Tan, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Rashid Hussein dan Azman. Mereka menyampaikan kepada saudara cerita-cerita yang mereka fikir saudara suka dengar, ataupun yang saudara sanggup terima. Di sini biarlah saya sampaikan pula keadaan, fikiran dan pandangan rakyat yang sebenar-benarnya, supaya dengan itu saudara faham niat saya sewaktu membuat kenyataan-kenyataan akhbar itu yang kemudiannya teruk dikecam.
Saudara selalu memberitahu ahli-ahli UMNO bahawa UMNO akan memperjuangkan kepentingan Islam dan kepentingan bangsa Melayu. Tetapi sebenarnya perbuatan saudaralah yang menghakis kuasa raja-raja Melayu sehingga mereka tidak mungkin lagi dapat mempertahankan kepentingan hak-hak istimewa orang Melayu, Bahasa Kebangsaan dan adat istiadat Melayu. (Artikel 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, serta Artikel 3 dalam Perlembagaan UMNO). Apakah punca yang menyebabkan tercetusnya rusuhan baru-baru ini dan kematian yang tidak dilaporkan itu? Sebenarnya, perbuatan-perbuatan saudaralah yang menjadi punca kepada rusuhan dan kematian-kematian itu.
Saudara selalu sahaja "mengalah". Kepada kroni-kroni saudara, saudara berikan apa-apa yang mereka minta. Kemuncak daripada sikap saudara yang suka mengalah itu ialah perompakan ke atas syarikat-syarikat milik kerajaan dan swasta. Tajuddin mendapat TRI, MHS dan MAS, Halim mendapat Renong dan UEM, Ting mendapat Empangan Bakun dan Granite, Ananda mendapat Menara Kembar, Rashid Hussein mendapat Sime Bank, Mirzan mendapat Konsortium Perkapalan Berhad, Allah Maha Besar. Sebenarnya, mereka itu sudah hampir bangkrap sewaktu krisis kewangan belum lagi terjadi. Sekarang ini mereka semua teruk terpukul oleh krisis itu disebabkan nilai saham-saham syarikat mereka turun 70 peratus. Nasib yang sama juga menimpa Halim Saad dan anak saudara sendiri, Mirzan.
Keadaan ini membuat orang-orang Melayu, Cina dan India sama-sama naik marah. Ditambah pula, baik orang Melayu mahupun Cina dan India, mereka semua tahu saudara dan kroni-kroni saudara adalah perompak-perompak kekayaan negara. Bagaikan masih belum cukup dengan RM2.3 bilion yang saudara gunakan untuk menyelamatkan KPB milik Mirzan, saudara serahkan pula RM10.5 bilion kepada Halim Saad, dan RM800 juta saudara berikan pula kepada Ting, konon sebagai pampasan. Sekarang saudara akan "faraidkan" pula baki sebanyak RM60 bilion kepada Rashid Hussein, Azman, Vincent Tan dan Tajuddin, yang saudara akan kumpulkan melalui bon-bon yang saudara paksa Petronas, EPF, SOCSO, PNB, LUTH dan Telekom membelinya.
Disebabkan perbuatan saudara itu, orang-orang Melayu, Cina dan India tidak takut lagi hendak menentang UMNO dan Barisan Nasional. Disebabkan kuku besi saudara juga, Gerakan pernah hendak keluar daripada Barisan Nasional. Pada hari ini, daripada 1.4 juta ahli UMNO hanya 20 peratus sahaja yang masih menyokong saudara dan UMNO, 80 peratus lagi marah dan benci kepada saudara
Berpunca daripada tindakan tak berperikemanusiaan ke atas bekas timbalan saudara, iaitu suatu hal yang bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai-nilai budaya Melayu, kini rakyat bukan setakat mengejek saudara, malah mereka meludah dan menghina saudara dan mereka menuntut saudara meletakkan jawatan. Sewaktu SUKOM, saudara paling kuat kena boo ketika menonton perlawanan ragbi. Saudara telah batalkan perjumpaan di Bukit Jalil pada 4 September 1998 atas nasihat Hishamuddin yang tidak berupaya hendak mengumpulkan lebih daripada 20,000 orang dibandingkan dengan perhimpunan di Dataran Merdeka yang disertai oleh lebih daripada 250,000 orang. Sekarang saudara tentu sudah faham apa perasaan orang-orang Melayu, Cina dan India, baik terhadap diri saudara mahupun terhadap kroni-kroni saudara.
Saudara sangka orang-orang Melayu takkan bangun menderhaka, tetapi sekarang mereka bagaikan sudah hilang kewarasan dan sanggup mengamuk waima mereka sedia mati menentang "anjing-anjing" FRU saudara. Sebenarnya, orang yang mereka cari sewaktu mereka bergerak menuju rumah saudara, tidak lain dan tidak bukan ialah saudara sendiri. Saudaralah pihak yang mesti dipertanggungjawabkan ke atas kecederaan dan kematian beberapa orang awam dan polis, kerana saudara berpegang kepada pandangan-pandangan yang salah.
Saudara maafkanlah saya kerana saya cuma hendak memberitahu kepada sudara apa sebenarnya perasaan orang Melayu terhadap saudara. Sesungguhnya, orang-orang Melayu, sama ada mereka itu dalam PAS ataupun dalam UMNO, mereka itu sekarang ini amat benci kepada saudara, terutama sekali mereka yang menyaksikan bagaimana polis bersikap amat biadab dan kasar terhadap bekas timbalan saudara, baik sewaktu di rumah beliau mahupun sepanjang beliau di dalam tahanan. Kesan hitam pada mata beliau adalah cermin kepada betapa hitam dan jahatnya hati perut saudara.
Pada saat ini, semua rakyat Malaysia sudah sedar bahawa saudara mahukan diri saudara dikenal sebagai "Perdana Menteri yang dinamik dan global yang bercakap bagi pihak Dunia Ketiga", meskipun baik dari segi ekonomi dan psikologi, seluruh rakyat menderita. Mereka tahu, meskipun dalam keadaan negara sedang gawat dan ekonomi sedang meleset, tetapi saudara dan kroni-kroni saudara serta anak-anak saudara tetap tidak mahu berhenti merompak kekayaan negara. Semua rakyat tahu bahawa MISC membeli syarikat Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan dengan harga RM2.3 bilion sedangkan harga pasarannya yang sebenar ialah RM170 juta sahaja. Sudah tentulah, perompakan ini tidak sepatah pun disebut dalam media tempatan.
Rakyat sekarang sedang menunggu-nunggu penjelasan saudara berkenaan dakwaan Puan Marina Yusoff bahawa saudara ada membawa perempuan ke dalam bilik saudara di Parlimen. Mereka juga menanti-nanti bilakah saudara akan membersihkan nama saudara atas dakwaan bahawa saudara mempunyai anak-anak luar nikah yang bernama Mahzar bin Mahathir dan Maizura bte Mahathir. Lain-lain anak saudara ialah Marinah (kp no. 5197861), Mirzan (kp no. 5558465), Mokhzani (kp no. 6144507), Melinda (kp no. 600515-05-5020) dan Mukhriz (kp no. A 0000999).
Rakyat juga masih tertunggu-tunggu penjelasan saudara mengapa saudara membuat pengakuan palsu sebagai seorang "doktor" dan sebagai Pengarah dalam MAHARIZAN Sdn. Bhd. Mereka juga ternanti-nanti mengapa semua anak-anak saudara, kecuali Mirzan, membuat pengakuan palsu dengan menuliskan "Nil" dalam borang Syarikat NO. 32700 K yang disahkan sebagai betul oleh NORIAH ABIDIN, Penolong Pendaftar Syarikat bertarikh 10 Nov. 1997.
Di satu pihak lain, kaum Cina tidak sedikit pun hormat kepada saudara. Mereka panggil saudara "Si Bongkak, kepala bengkak dan barah ekonomi". Mereka juga mengatakan saudara "Chee Bai" dan macam-macam perkataan lagi yang saya sendiri tidak sampai hati hendak menyebutnya di sini. Kata-kata seperti itu diucapkan oleh semua golongan kaum Cina, daripada cerdik pandai mereka hinggalah kepada drebar teksi dan penjual sayur.
Kebelakangan ini, nama baik saudara makin busuk. Orang-orang Melayu yang berkhidmat dalam kerajaan, daripada Setiausaha Kementerian sehinggalah kumpulan sokongan yang paling rendah, serta pegawai-pegawai tentera dan polis tidak lagi menaruh percaya dan hormat kepada saudara. Apakah saudara tidak perasan bahawa jumlah mereka yang mahu hadir di dalam majlis-majlis rasmi dan peribadi yang saudara adakan makin hari makin kurang? Sewaktu saudara datang ke Jitra, tidak sampai 200 orang yang hadir, itu pun setelah dipaksa oleh Menteri Besar Kedah. Begitu sekali keadaannya sehingga kamera tv terpaksa menunjukkan muka saudara sahaja kerana para hadirin begitu sedikit, apatah lagi memandangkan Jitra ialah tempat saudara sendiri.
Kalaulah saudara membaca Harakah dua kali setiap minggu, tentu saudara tahu beribu-ribu orang Melayu masuk PAS. Pada masa jualan Berita Harian dan Utusan Malaysia merosot dengan banyaknya, jualan Harakah naik sampai melebihi 360,000 ditambah lagi dengan jumlah keahlian PAS yang kini melebihi 700,000 orang.
Pegawai-pegawai Melayu dalam perkhidmatan Polis masih patuh kepada arahan kerajaan, terutamanya mereka yang dalam FRU. Tetapi pegawai-pegawai Melayu dalam angkatan tentera kini sedang menahan nafas penentangan. Kalau saudara terus-menerus melakukan perkara-perkara yang tidak mereka ingini, saya yakin mereka tidak akan patuh kepada saudara lagi.
Saya tahu, kalau saudara jatuh saudara takut tak dapat melindungi anak-anak dan keluarga saudara. Saya tahu sangat bahawa Dr. Siti Hasmah sudah membawa keluar wang sebanyak US400 juta dan melaburkannya di Amerika. Saya juga tahu anak-anak lelaki saudara mempunyai simpanan dan pelaburan yang banyak di luar negara, tatapi tidaklah sampai RM20 bilion seperti yang dimiliki oleh Daim. Memang saudara bijak, dan saudara sudah bersiap sedia, mana tahu kalau-kalau terjadi sesuatu yang tidak saudara ingini. Tetapi, saya lebih takut lagi jikalau saudara gagal mengawal ekonomi, dan saudara akan terus merompak berbilion-bilion wang negara, RM30 bilion daripada simpanan Petronas, RM118 daripada KWSP, RM35 bilion daripada PNB, RM12 bilion daripada SOCSO, RM30 bilion daripada insurans dan RM5.6 bilion daripada Tabung Haji.
Sekarang tentu saudara sudah sedar, saudara mesti mencari RM800 bilion untuk memulihkan ekonomi, pasaran saham dan nilai ringgit kepada kedudukannya yang asal. Malah, kalau saudara hendak menyelamatkan anak-anak dan kroni-kroni saudara daripada jatuh bangkrap, saudara sudah perlukan sekurang-kurangnya RM200 bilion dengan serta-merta. Di mana saudara hendak korek duit sebanyak itu?
Kepada kakitangan awam, saudara bukan setakat memotong bonus mereka, malah saudara akan potong elaun dan mungkin juga gaji mereka. Apabila itu terjadi nanti, kakitangan kerajaan dan tentera akan bersatu menuntut saudara meletakkan jawatan kerana mereka sedar bahawa saudaralah sebenar-benarnya punca segala-galanya. SAUDARA adalah SYAITAN yang sebenar!
Saudara sudah terbiasa mendapat sorotan cahaya di peringkat antarabangsa, tetapi hari ini, bayang tubuh saudara sudah makin kecil dan makin pendek. Namun saudara masih berpura-pura seolah-olah tidak ada apa-apa yang sudah berubah. Saya harap saudara tidak mendustai diri saudara sendiri dengan berkata, "Rakyat sepatutnya berterima kasih kepada saya kerana banyak membawa pembangunan kepada negara ini" manakala pada waktu yang sama saudara tidak pula menyebutkan bahawa saudara meninggalkan hutang luar sebanyak RM150 bilion dan hutang dalam negeri sebanyak RM 70 bilion yang akan ditanggung oleh rakyat dan negara.
Tidak mungkin ada satu orang, tidak juga saudara, yang sentiasa betul sahaja manakala orang-rang lain sentiasa salah sahaja. Saudara sendiri maklum, saudara bolehlah menipu sesetengah orang sekali-sekala, tetapi saudara takkan boleh menipu semua orang setiap masa!
Dengan hal yang demikian, adalah menjadi harapan saya hendak menyampaikan kepada saudara apa yang sebenarnya difikirkan oleh rakyat.... iaitu sudah sampai masanya saudara undur daripada jawatan saudara sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan Barisan Nasional.
Saya tahu saudara mempunyai kuasa diktator, dan saya takkan lupa nasib yang menimnpa orang-orang yang menentang saudara seperti Tengku Razaleigh, Musa Hitam, Rais Yatim dan banyak lagi. Tetapi, ebagai seorang yang bertanggungjawab, saya mesti menjelaskan kenyataan-kenyataan yang pernah saya buat. Walaupun saya akan dipenjara, saya tetap akan mengatakan apa yang saya katakan.
Saya diberitahu Sultan Johor memanggil saudara "MAMAK", Allahyarham Tunku mengata saudara Pakistan. Saya setuju dengan mereka sebab nama ayah saudara yang sebenar ialah Mohamad Iskandar Kutty. Semua orang Kedah tahu perkara ini. Saudara sendiri tahu, dan saya berani bersumpah, dalam tubuh saudara itu memang ada darah Pakistan. Itu sebab semua yang saudara buat dan semua yang ada pada diri saudara semuanya berbelit-belit, tidak lurus. Itulah sebabnya orang Melayu sedikit pun tidak percaya saudara akan mempertahankan kesultanan Melayu, ataupun bahasa Melayu, ataupun adat istiadat dan kepentingan Melayu. Saudara satu orang hendak menjadi tokoh antarabangsa, biar Melayu yang lain merempat tidak mengapa. Tengoklah sahaja apa jenis Melayu yang mengelilingi saudara. Gabenor Bank Negara (Mamak), Rashid Hussein (Mamak), Sheikh Fathil (Mamak), Amin Shah (Mamak) - banyak sangat kalau semuanya hendak disebut.
Sekarang, rasakan balasan Allah. Saudara telah menghina para Ulamak, dan saudara menghina janggut Nabi Muhammad SAW. Saudara jadikan mereka bahan lawak. Sekarang saudara takut hendak ke masjid. Sudah lima kali Jumaat, di mana saudara bersembahyang?
Jaminan 10 tahun bagi jantung saudara kini hampir tamat. Kami tahu, dengan ditemani oleh Dato' Aziz Ismail, diam-diam saudara pergi ke Institut Jantung Negara ikut jalan belakang. Orang bercakap. Mereka nampak saudara, dan mereka bercakap.
Surat ini saya tulis kepada saudara dengan niat yang ikhlas. Saya benar-benar mengharapkan saudara akan membaca surat ini sendiri. Saya berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu hati saudara untuk menerima
kenyataan ini, kerana semuanya adalah benar, meskipun ia amat pahit dan memedihkan.
Ikhlas daripada saya,